Program Jiwa @Kemasyarakatan Komuniti MADANI Selinsing B Matang Jelutong
7 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniAlhamdulillah, program berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan daripada penduduk setempat!
Antara pengisian menarik:
• Kaunter agensi seperti Tabung Haji & KWSP
• Kaunter pendaftaran ahli NADI dan MyDigital ID
• Perkongsian manfaat inisiatif kerajaan oleh Pegawai Daerah Japen, seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri
• Info tentang sistem eKasih oleh Penghulu Mukim Selinsing
Turut hadir memeriahkan program ialah Pengerusi Komuniti MADANI dan Pengerusi JPKK Mukim Selinsing.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan terus menyokong usaha memperkasakan komuniti!
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: